Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

MAS Sahkan Pramugara Ditahan...

Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana didakwa mencabul seorang penumpang wanita...

Suami Isteri Ditahan Jual...

SHAH ALAM – Kegiatan sepasang suami isteri yang menggunakan laman sosial dipercayai untuk...

Video: Sayu, Hafiz Cilik...

SEBUAH video memaparkan seorang hafiz cilik sedang membaca Al-Quran di hadapan beberapa juri...

Sharnaaz Ahmad Tak Takut...

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengatakan dia tidak takut dikecam sebagai salah seorang pelakon 'bad...

Suami Mabuk Tumbuk Pintu Bilik Didenda RM1,000

KUALA LUMPUR – Akibat memecahkan pintu bilik gara-gara berang isteri tidak mahu membuka pintu bilik untuk berbincang, seorang buruh didenda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal membyar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menjatuhi hukuman itu terhadap M. Mahendran, 46, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menendang dan menumbuk hingga pecah pintu bilik dihuni isterinya, Tamil Chelvi S Palianny, 46, di Blok A1, Wangsa Maju Seksyen 4, pada 1 tengah hari, 5 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang menyebabkan kehilangan atau kerugian berharga RM25 dan ke atas, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-keduanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh pulang ke rumah dalam keadaan mabuk mengetuk pintu bilik yang dihuni isterinya, namun isterinya yang enggan membuka pintu menyebabkan tertuduh menumbuk dan menendang pintu sehingga pecah.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga dan tiga orang anaknya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd. Yushaa bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar tertuduh tidak mengulangi kesalahannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori