• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Kesan Kecurangan Isteri Guna Drone

oleh Ahmad Albab
16/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG suami di Amerika Syarikat (AS) yang mengesyaki isterinya berlaku curang, berjaya ‘menangkap’ isterinya itu dengan menggunakan drone.

Lelaki itu mengesan kecurangan isterinya apabila melihat wanita itu menaiki kereta lelaki lain, selepas berjalan kaki dari rumah mereka.

“Jika anda melihat dengan teliti, anda akan dapat melihat 18 tahun (perkahwinan) sia-sia sahaja,” katanya dalam video yang dimuat naik menerusi YouTube.

Lelaki itu yang menamakan dirinya AOG berkata, dia mengesyaki isterinya itu berlaku curang selepas wanita berkenaan berkelakuan pelik.

Malah dia turut menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang berlaku, dan selepas dua kali mengekori isterinya, dia tidak menemui bukti.

Susulan itu dia mendapat idea, menggunakan drone untuk mengekori isterinya dan selepas mendapat bukti berkenaan, ia dimuat naik dalam media sosial.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita yang berpakaian hitam, keluar dari sebuah rumah di satu tempat di AS menuju ke sebuah pasar raya.

Wanita itu bagaimanapun kemudian berjalan ke simpang bertentangan dengan pasar raya terbabit dan menuju ke sebuah kenderaan. Tidak lama kemudian seorang lelaki bertemu dengan wanita itu.

Bagaimanapun tidak semua netizen yang simpati kepada lelaki terbabit dan ada yang menyifatkan ia sebagai taktik pengiklanan. – Mynewshub.cc

Tags: drone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Drone Bantu Dalam Industri Penanaman Padi

12/03/2017
0

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bakal menggunakan drone atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri penanaman padi...

Drone Hantar Kopi Kepada Pasangan Kekasih

23/06/2016
0

SEORANG peminat drone berasal dari Oregon, Amerika Syarikat (AS), menunjukkan keupayaan sebuah drone yang boleh digunakan sebagai alat untuk menghantar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd