• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tapis Calon Gerakan Untuk PRU14 – Mah

oleh Ahmad Albab
19/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan akan mengadakan perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan hanya calonnya yang bebas rasuah layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata perjanjian itu dijangka dimeterai pada Januari tahun depan dengan SPRM bagi mendapat pengiktirafan bebas rasuah terhadap senarai calon parti itu yang akan bertanding di 45 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada PRU13, Gerakan bertanding di 11 kawasan Parlimen dan 34 DUN, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat dan dialog bersama SPRM di ibu pejabat parti itu, di sini, hari ini.

“SPRM akan membuat tapisan dan pengiktirafan umum terhadap status peserta yang telah mengikuti kursus dan melepasi tapisan SPRM,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa pusat parti memutuskan jika terdapat calon yang tidak melepasi tapisan SPRM, nama mereka akan dikeluarkan daripada senarai calon Gerakan.

Mah berkata di bawah perjanjian persefahaman itu, SPRM akan turut mengadakan program antirasuah, pertukaran maklumat serta latihan, kursus dan taklimat kepada pemimpin dan bakal calon parti itu bagi mengukuhkan integriti dan kefahaman mereka mengenai rasuah.

Beliau berharap semua parti politik akan turut mengadakan kerjasama dengan SPRM dalam mengadakan kursus dan tapisan senarai calon bebas daripada rasuah bagi mengatasi persepsi negatif masyarakat terhadap parti-parti politik.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil yang menghargai usaha Gerakan, berkata pihaknya terbuka untuk mana-mana parti politik untuk menghantar senarai calon pilihan raya umum atau pilihan raya kecil bagi membuat tapisan bebas rasuah.

“SPRM sentiasa membantu parti politik untuk mengadakan kursus khas kepada ahli parti tertinggi atau peringkat akar umbi bagi memahami fungsi dan peranan SPRM selain dalam masa sama kami dapat bekerjasama usaha membasmi rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: GerakanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd