• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Pecat Pegawai Dera Isteri, Anak

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak memecat seorang pegawai agensi itu yang didakwa mendera dan mencederakan isteri serta anaknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Seri Mohd. Jamidan Abdullah berkata, keputusan memecat Muhammad Nazrin Abdullah, 37, berkuatkuasa 1 November lalu itu bagaimanapun disebabkan kes dadah.

“Lembaga Tatatertib SPRM telah membuat keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan Muhammad Nazrin yang dijatuh hukum oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lalu.

“Keputusan untuk memberhentikan perkhidmatan pegawai tersebut berkuatkuasa 1 November 2016. SPRM memandang serius kejadian tersebut dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Nazrin pada 7 November lalu turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak atas tuduhan mengugut biras lelakinya, September lalu.

Dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan menakutkan secara jenayah dengan cara menunjukkan sebilah parang panjang de­ngan niat menyebabkan kegen­taran kepada Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 September lalu

Pegawai SPRM Cawangan Segamat itu juga diperintahkan melapor diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat setiap dua minggu selain tidak dibenarkan mendekati isteri dan anaknya.

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang ibu muda ber­usia 22 tahun dan anak lelakinya trauma akibat dibelasah suami selain dimaki dan dihina sejak seminggu mereka mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Kes tersebut sebelum itu tersebar di laman sosial Facebook setelah wanita berkenaan memuat naik status kisah keganasan rumah tangga yang dialaminya dan mendakwa suaminya yang merupakan seorang pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes deraSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd