• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Beri Keterangan Di Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini hadir memberi keterangan di IbuPejabat Polis Bukit Aman di sini berhubung dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna tiba di Bukit Aman kira-kira 9.45 pagi sebelum keluar sejam kemudian.

Beliau ketika ditemui pemberita di luar Bukit Aman berkata seorang pegawai berpangkat ASP mengambil keterangan susulan ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

“Saya menganggap ini hanyalah proses intimidasi. Anggota Parlimen ada hak untuk bercakap mengikut Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan, cuma ada perkara tertentu tidak boleh disebut (dalam Parlimen) contohnya dari segi kaum,” katanya.

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut kelihatan di luar perkarangan Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohd Shafie telah hadir ke Bukit Aman hari ini, namun enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat lepas (4 Nov), Khalid dilaporkan berkata tiga bekas anggota Kabinet akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selain Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kerana didakwa membocorkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat ini dua lagi bekas anggota Kabinet iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah belum memberi keterangan atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

30 Filem Tempatan Akan Sertai 17 Festival Filem Antarabangsa

Next Post

Pemilik Pasar Raya Mini Didakwa Simpan 250kg Minyak Masak

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

Next Post

Pemilik Pasar Raya Mini Didakwa Simpan 250kg Minyak Masak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd