• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Pasar Raya Mini Didakwa Simpan 250kg Minyak Masak

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemilik pasar raya mini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan 250 kilogram minyak masak sawit bersubsidi di premis yang tidak dibenarkan bagi penyimpanan minyak masak, pada bulan lepas.

K. Theivendiran, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Dia dituduh menyimpan 238 paket dan 12 botol minyak masak sawit, masing-masing seberat satu kilogram setiap unit di Pasaraya Kumares, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini pada 10.25 pagi, 25 Okt lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1)aAkta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) A. Karthiyayini menawarkan jaminan RM50,000 kepada Theivendiran.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Siti Anis Che Ab Wahab memohon mahkamah mengurangkan jumlah tersebut memandangkan pendapatan anak guamnya tidak menentu dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat anak.

Beliau juga memaklumkan bahawa anak guamnya menghidap masalah kerongkong dan kolestrol.

Izralizam membenarkan Theivendiran diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Minyak Masakpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd