Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keunikan Anyaman Buluh ‘Salingkawang’...

KENINGAU - "Hendak tahu apa istimewanya produk anyaman Batu Lunguyan? Ia disebabkan ada...

Kurang 50% Buang Undi...

SHAH ALAM - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan...

AADK Yakin Strategi Terbaharu...

KUALA TERENGGANU - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yakin dengan strategi terbaharu yang...

Separuh Alokasi Simpanan Shariah Telah Digunakan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak 50.25 peratus atau RM50.25 bilion daripada alokasi permulaan RM100 bilion untuk Simpanan Shariah 2017 telah digunakan sejak pendaftarannya dibuka pada 8 Ogos 2016.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah penggunaan alokasi itu dicatatkan setakat Isnin lalu iaitu pada 31 Oktober 2016.

“Sehingga hari ini, jumlah pendaftaran Simpanan Shariah yang direkodkan adalah 503,734 dengan jumlah purata pendaftaran sebanyak 167,911 sebulan,” kata kenyataan itu hari ini.

Justeru, kata KWSP, orang ramai yang ingin memilih Simpanan Shariah digalakkan supaya datang ke mana-mana 68 kaunter KWSP di seluruh negara secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan pendaftaran saat akhir di bulan Disember.

“Tarikh tutup pendaftaran Simpanan Shariah 2017 adalah pada 23 Disember 2016 atau selagi alokasi dana RM100 bilion masih ada,” kata kenyataan itu.


Untuk maklumat lanjut mengenai Simpanan Shariah, Soalan Lazim (FAQ) dan proses pendaftaran boleh melayari laman sesawang KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-8922 6000. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori