• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Kenal Siapa Dia’ – Ogy Pertahan Sindir Drama Elly

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMAKIN lama, semakin panas. Penyingkiran penyanyi Elly Mazlein daripada program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Ahad lalu turut menarik perhatian pelakon dan pengarah popular Ogy Ahmad Daud.

Dia dalam status laman Instagramnya baru-baru ini, telah menyatakan pendapatnya bahawa Elly sememangnya patut tersingkir kerana lebih banyak membuat ‘drama’ di atas pentas.

“Memang dia patut keluar, dok drama kehidupan je kat atas pentas. Kita nak tengok persembahan hebat, bukan drama,” tulis Ogy.

Sindiran berani matinya itu sekali gus menarik perhatian netizen khususnya peminat Elly yang menghentam dan mengkritik bertubi-tubi selebriti senior itu.

'Saya Kenal Siapa Dia' - Ogy Pertahan Sindir Drama Elly

Tidak kurang juga, ada peminat yang imbas kembali insiden Ogy mahu menfailkan saman terhadap Johan Raja Lawak suatu ketika dahulu kerana berkecil hati dengan gurauan pelawak terkenal itu.

Namun, saman itu akhirnya dibatalkan. Biarpun dihendik, Ogy nampaknya teguh mempertahankan tindakannya menyindir ibu tunggal anak satu itu.

Ogy menerusi kenyataannya kepada akhbar Harian Metro berkata, dia mengenali Elly dan apa yang dilakukan penyanyi itu adalah drama.

“Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata,” katanya.

Selain itu, Ogy turut menyifatkan Elly bukanlah ‘sesiapa’ dalam industri muzik untuk terus diberikan perhatian.

Katanya, komen negatif peminat langsung tidak memberi kesan kepadanya sebaliknya bersimpati dengan ketaksuban peminat mempertahankan penyanyi itu.

“Mereka hina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman.

“Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.

“Saya memang tidak suka layan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran,” katanya.

Dalam pada itu, Elly turut dihubungi Harian Metro menyifatkan dia tidak terasa hati dengan gelaran ‘drama queen’ yang diberikan Ogy kerana menghormatinya.

“Saya terima gelaran itu dan tidak marah dengan kenyataan yang diberikan. Saya menghormatinya kerana cukup berpengalaman dalam dunia hiburan tanah air,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tags: ELLY MAZLEINOgy Ahmad Daud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein Selamat Bertunang

17/12/2019
0

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam majlis yang berlangsung di Pusat...

Demi Keluarga, Elly Bercuti Daripada Lakonan

19/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Elly Mazlein, mengaku dirinya harus bijak menyusun jadual agar tanggungjawab terhadap keluarga, kerjaya seni dan perniagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd