• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAINS: Penutupan Sementara Bekalan Air Selasa, Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan menghentikan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol pada Selasa dan Rabu ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Norzita Ismail berkata penutupan itu berikutan kerja-kerja pemasangan tee, pencucian kolam dan penyelenggaraan loji rawatan.

“SAINS ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami bahawa SAINS akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air yang dijangka akan mengakibatkan gangguan bagi beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol,” katanya.

Menurut beliau bekalan air ke Port Dickson, Seremban dan Rembau akan ditutup dari 8 pagi 15 Nov hingga 8 pagi 16 Nov manakala bagi Kuala Pilah dan Jempol bekalan air ditutup dari pukul 9 pagi 15 Nov hingga 9 pagi 16 Nov ini.

“Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

“Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan,” katanya.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut. – BERNAMA

Tags: Sains
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

13/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar...

Sains, Matematik Kembali Diajar Dalam Bahasa Inggeris

31/01/2020
0

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan matematik akan kembali ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd