• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Titik Berat Pembangunan Sukan Badminton

oleh AK-47
19/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kerajaan Sabah menitikberatkan pembangunan sukan badminton memandangkan ia merupakan antara sukan teras yang berupaya memartabatkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya sentiasa peka terhadap penambahbaikan keperluan pusat latihan badminton termasuk penggunaan peralatan gimnasium di negeri itu.

“Namun kemudahan lengkap yang disediakan di akademi badminton tidak bererti sekiranya tiada pengguna atau Sabah tidak mampu melahirkan pelatih berwibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program pencarian bakat atlet dan klinik badminton, sekali gus menyerahkan sumbangan peralatan gimnasium di Dewan Akademi Badminton Tawau (TBA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tawfiq berkata sumbangan peralatan gimnasium itu diharap dapat membantu TBA melahirkan atlet berwibawa, seterusnya menempah nama dalam arena sukan antarabangsa.

“Kita harap ia mampu membantu melahirkan atlet seperti Tan Wee Kiong pada masa akan datang,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas.

Sementara itu, Tawfiq berkata pihaknya menerusi Majlis Sukan Negeri bersama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah mengusahakan program pencarian bakat dengan menyasarkan golongan umur 12 hingga 15 tahun.

“Melalui pencarian itu, sekiranya atlet yang dikenal pasti berpotensi, dia bakal diserap sebagai pelatih di TBA.

“Saya berharap atlet terpilih berusaha gigih di bawah pimpinan jurulatih TBA untuk menempatkan diri dalam skuad pelapis pemain Sabah,” katanya.

Menurut Tawfiq, setakat ini terdapat lebih 100 pelajar sekolah rendah dan menengah berlatih di TBA. – BERNAMA

Tags: Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Bantu Bina Semula Tujuh Rumah Di Hutan Melintang

Next Post

JPN Melaka Tahan 13 Warga Asing Miliki MyKad

Related Posts

PM Ucap Takziah Pemergian Tawfiq Abu Bakar

15/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Belia dan Sukan...

Al-Fatihah: ADUN Apas Meninggal Dunia

15/03/2018
0

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal...

Next Post

JPN Melaka Tahan 13 Warga Asing Miliki MyKad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd