• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosman Razak Kembali Berkhidmat Dengan BAM

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil semula khidmat jurulatih Rosman Razak bagi memperkuatkan prestasi beregu lelaki negara.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ketika mengesahkan perkara itu berkata Rosman akan memulakan tugasnya awal tahun depan dengan kontrak selama dua tahun.

“Kita memerlukan seorang jurulatih tempatan yang berpengalaman untuk membimbing pemain beregu negara. Rosman juga mempunyai pengalaman membimbing pemain negara sebelum ini,” katanya kepada Bernama.

Rosman akan bersama-sama Jeremy Gan dan Cheah Soon Kit bagi melatih beregu lelaki negara tahun depan manakala Hendrawan, Tey Seu Bock dan Indra Widjaja dikekalkan sebagai jurulatih perseorangan lelaki oleh BAM.

Sebelum ini, Rosman merupakan jurulatih beregu wanita dan beregu campuran negara pada tahun 2012 sebelum membuat keputusan tidak menyambung semula kontraknya pada 2015.

Dalam pada itu, Mohamad Norza berkata BAM turut melantik seorang penganalisis prestasi iaitu Lim Joe Heang yang sebelum ini berkhidmat di Institut Sukan Negara (ISN).

Lim akan berkhidmat secara sepenuh masa dengan BAM bagi membantu Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen memantau prestasi pemain dan jurulatih.

“Tugas beliau bukan sahaja menilai prestasi atlet tetapi juga prestasi jurulatih. Ini kali pertama kita melantik seorang penganalisis prestasi di BAM,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza berkata semua pemain badminton di bawah kendalian BAM perlu menjalani ujian kecergasan fizikal selama tiga bulan bermula Januari depan.

Sekiranya gagal memenuhi standard yang ditetapkan, pemain tidak dibenarkan menyertai tiga kejohanan bermula April tahun depan.

“Sekarang ini, semua pemain akan diberikan pendedahan tentang pentingnya kecergasan fizikal. Mereka perlu lebih serius jika mahu lebih kompetitif. Ujian ini turut melibatkan pemain remaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonBAMDatuk Seri Mohamad Norza Zakaria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala AFF: Syazwan Intai Peluang Robek Gawang Vietnam

Next Post

Shalin, Safiyah Ungguli Kejohanan Boling Komanwel

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Shalin, Safiyah Ungguli Kejohanan Boling Komanwel

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd