• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rizab Banyak Tetapi Gagal Selesai Isu Pencemaran Air

oleh
02/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dibidas kerana terlalu berbangga dengan rizab negeri berjumlah RM3.62 bilion dan lebihan bajet tahun lepas sedangkan rakyat negeri ini menderita akibat isu air yang masih gagal diselesaikan sehingga kini.

Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berkata tahun ini merupakan tahun sengsara bagi rakyat khususnya di daerah Hulu Langat berikutan sehingga 31 Oktober lepas, lapan kali Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup akibat pencemaran bau.

“Bukan sahaja Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BN, malah, berbelas soalan dikemukakan oleh ADUN lain dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) kali ini membuktikan kebimbangan semua pihak mengenai kegagalan kerajaan negeri menguruskan industri air.

“Kalau gagal uruskan air mengaku sahaja, tidak perlu timbulkan isu sabotaj atau perbuatan terancang sebagai punca bekalan air terputus,” katanya ketika membahaskan Bajet Selangor 2017 di sidang DUN di sini, hari ini.

Lebih mengejutkan, Johan berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahkan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana lewat hadir ke lokasi pencemaran sedangkan agensi yang diwujudkan khas untuk menguruskan air di Selangor, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) boleh terus bertindak tanpa perlu menunggu JAS.

Ini menunjukkan Mohamed Azmin sendiri tidak memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) kerja LUAS dan cuba menyalahkan JAS berikutan jabatan itu merupakan satu-satunya agensi di bawah kerajaan persekutuan yang terlibat dengan isu pencemaran, katanya.

Johan turut mendakwa operasi pemutihan kilang haram di Selangor gagal apabila masih banyak premis yang beroperasi tanpa lesen sekali gus meningkatkan risiko pencemaran sungai.

“Menurut rekod dikeluarkan oleh JAS terdapat lapan kawasan perindustrian yang boleh menyumbang kepada pencemaran di Sungai Semenyih iaitu tujuh di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.

“Saya minta Exco bertanggungjawab (Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor Elizabeth Wong) senaraikan kilang-kilang yang wujud berhampiran Sungai Semenyih serta status dan latar belakangnya,” katanya.

Sidang dewan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatIsu Pencemaran AirRizabselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd