• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rentetan Kejadian Banjir Kilat, Tanah Runtuh Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Berikut adalah rentetan kejadian banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang dalam tempoh sebulan:

* 14 Okt: Sebahagian Jalan Lembah Permai-Puncak Erskine di Tanjung Bungah runtuh dan terpaksa ditutup, selain mengakibatkan sebuah rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian diarah pihak berkuasa supaya dikosongkan.

* 29 Okt: Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang.

Hujan lebat juga telah menyebabkan trafik sesak di sepanjang Jalan P.Ramlee, Jalan Paya Terubung, Jalan Thean Teik, Taman Lumba Kuda dan Jalan Masjid Negeri, sekali gus menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas.

* 29 Okt: Sembilan terperangkap dalam sebuah kuil dan sebuah kereta berhampiran kejadian tanah runtuh di Air Itam, berikutan hujan lebat selama tiga jam di kawasan itu.

Kejadian berlaku antara jalan utama dan laluan ke arah Empangan Air Itam berdekatan sebuah kuil Buddha.

* 1 Nov : Hanya tiga hari selepas banjir kilat melanda George Town, sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk, lebih daripada 100 isi rumah pula terjejas akibat banjir kilat di Batu Maung.

* 4 Nov : Batu Maung dilanda banjir kedua setelah tiga hari mengalami satu daripada banjir terburuk tahun ini.

* 7 Nov : Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah runtuh terburuk, seminggu selepas banjir berlaku semasa perayaan Deepavali.

Jalan utama menghubungkan pusat bandar dan Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan laluan runtuh di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang.

Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan penduduk dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil peperiksaan hari ini, tetapi juga menyebabkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi terpaksa ke sekolah menaiki bot berikutan kenaikan paras air. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd