• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Mati Lepas Pindah Nenek Ke Tingkat Atas Rumah

oleh
20/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang remaja lelaki dijumpai mati di dalam rumahnya di Kampung Belakang Sekolah Kupang, di sini selepas mengangkat neneknya yang lumpuh di tingkat atas rumah akibat banjir kilat hari ini.

Mangsa, Darul Hafiz Mohd Danial, 23, ditemui tertiarap di dalam air di kaki tangga rumahnya selepas selesai memindahkan neneknya Che Wan Mustapha, 77, ke tingkat atas, 9 pagi tadi.

Paras air akibat banjir ketika itu yang turut melanda kampung berkenaan dikatakan berada pada paras paha.

Rakan mangsa, Firdaus Ishak, 21, ditemui di rumah mayat Hospital Baling, berkata sebelum itu beliau dan tiga lagi rakannya diminta mangsa untuk datang membantu bagi memindahkan neneknya ke bahagian atas rumah.

“Setelah kami mengangkat neneknya yang lumpuh sejak tiga tahun lalu ke bahagian atas, kami pun keluar untuk berehat di tepi pagar sekolah terletak di depan rumah arwah (mangsa).

“Tiba-tiba arwah masuk semula ke rumah untuk melihat nenek dan mahu membancuh susu untuk neneknya,” katanya.

Beliau berkata namun selepas lebih 45 minit mangsa tidak keluar rumah, mereka masuk semula ke rumah mangsa dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam air.

Katanya sebelum itu mangsa ada mengadu keletihan kerana memindahkan barang selain mengangkat neneknya itu.

Datuk mangsa, Mohd Radzi Ahmad, 77, berkata cucunya itu memang tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan beliau tinggal di tempat lain.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt. Shariffuddin Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Sebab kematian masih belum diketahui. – BERNAMA

Tags: MATInenekremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd