Sunday, October 1, 2023

Creating liberating content

Murid Banyak Baca Buku...

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Kepayang, Dr. Ko Chung...

Trump Mohon Lukisan Tapi...

WASHINGTON DC - Lain diminta, lain dapat. Apa yang diminta sebenarnya karya pelukis...

Kekalkan Seksyen 3 &...

KUALA LUMPUR - Sekiranya Akta Hasutan 1948 dipinda, ia mestilah mengekalkan Seksyen 3...

Kena Gangguan Seksual Semasa...

SEORANG pengacara program di televisyen di Mexico, Tania Reza, telah meninggalkan rancangan berkenaan...

Reka Bentuk Baharu Tingkatkan Navigasi Laman Web BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan laman sesawang dengan reka bentuk baharu, www.bnm.gov.my, yang lebih intuitif, cekap dan mesra pengguna bermula 14 November, 2016.

Dalam kenyataannya hari ini, BNM berkata proses mencari maklumat dipertingkatkan dengan kecekapan menu pelbagai peringkat, ciri yang lebih interaktif dan kandungan yang kemas.

“Selain itu, pengguna akan sentiasa mendapat perkembangan terkini jika mendaftarkan e-mel untuk pemberitahuan mengenai siaran media, ucapan dan pengumuman,” katanya.

Bank Pusat itu berkata wajah korporat baharu itu dilengkapi imej berkaitan bagi menyerlahkan lagi kandungan dan mesej utama.

“Laman sesawang ini juga menawarkan pengalaman navigasi mudah alih menerusi ciri-ciri reka bentuk responsif, yang sesuai dengan telefon pintar dan tablet.

“Ia juga menyediakan pautan terus kepada inisiatif bank selain akaun media sosialnya seperti Facebook, Twitter, YouTube dan Flickr, katanya. – BERNAMA

Kategori

Leave a Reply