• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pengurus Besar GLC, 2 Kontraktor Direman

oleh
11/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengurus besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima sejumlah suapan melebihi RM10 juta, direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Turut direman adalah dua kontraktor lelaki, dipercayai terbabit memberi suapan membenarkan mereka meneruskan projek di bawah seliaan suspek utama walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perintah reman yang berkuat kuasa hari ini sehingga Selasa itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas ketiga-tiga suspek dibawa ke mahkamah di sini.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima dan memberi suapan.

Jurucakap SPRM berkata pengurus besar berusia 56 tahun yang bertindak sebagai konsultan bagi projek pembangunan dan infrastruktur di Putrajaya itu dipercayai terlibat dalam kelulusan projek bernilai ratusan juta sejak menyandang jawatan tersebut pada 2005.

Suspek dilaporkan ditahan pasukan penyiasat SPRM di rumahnya di Seremban kira-kira 9.35 pagi semalam yang turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua buah kereta jenis Audi TT serta Toyota Hilux dan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek.

Suspek juga didakwa memiliki sembilan buah rumah, antaranya di Putrajaya, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Negeri Sembilan yang dipercayai dibeli dengan pembayaran tunai.

Beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah lebih kurang RM2.5 juta yang disyaki diperoleh secara rasuah turut dibekukan.

Mengenai dua kontraktor tersebut, jurucakap SPRM berkata kedua-dua lelaki berusia 51 tahun itu ditahan 12 tengah malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini malam tadi.

Seorang daripadanya yang bergelar Datuk merupakan pengarah urusan sebuah syarikat di Ampang, manakala seorang lagi adalah ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat berpangkalan di Semenyih, Selangor. – BERNAMA

Tags: GLCrasuahSalah Guna KuasaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd