• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Promosi Produk Pertanian Malaysia Kini Di Belanda

oleh
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas jelajah Sweden, Finland dan Romania, program promosi produk pertanian Malaysia di Eropah bagi 2016 anjuran Pejabat Perwakilan Pertanian Malaysia di The Hague (PPP The Hague) kini beralih ke Belanda.

Promosi seminggu sehingga 6 November (31 Oktober – 6 November) itu akan menampilkan buah-buahan yang dianggap eksotik di Eropah seperti buah naga, nangka serta manggis dan tidak terkecuali, raja buah – durian.

Turut dipromosikan produk hasil pertanian seperti seperti kerepek nangka dan kerepek nanas.

Program itu diadakan dengan kerjasama pasar raya Asia terkenal di Rotterdam, Wah Nam Hong di Markthal Rotterdam.

Setiausaha Kedua (Pertanian) PPP Kedutaan Besar Malaysia di Belanda, Mohammad Wafiuddin Esa berkata kira-kira 2,000 pengunjung dijangka mengunjungi pasar raya berkenaan untuk mencuba dan membeli produk pertanian Malaysia sepanjang promosi di bandar pelabuhan itu.

Beliau berkata program di Wah Nam Hong Markthal Rotterdam merupakan siri keempat promosi bagi tahun 2016.

“Kelainan program kali ini ialah tempoh promosi yang lebih panjang dan penyediaan hidangan Malaysia dalam usaha mempromosi dan menonjolkan menu menggunakan buah-buahan dan produk Malaysia,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Selain itu, beliau berkata usaha mempromosi turut melibatkan media sosial menerusi ‘food bloggers’ dan akhbar tempatan.

Mohammad Wafiuddin berkata promosi produk pertanian bersama pasar raya utama di keempat-empat negara itu telah berjaya meyakinkan pengguna mengenai kualiti hasil pertanian Malaysia.

“Promosi ini turut membawa hasil dan produk pertanian yang tidak terdapat di pasaran negara tersebut serta memberi kelebihan kepada Malaysia.

“Selain itu, promosi ini dapat meyakinkan pihak pasar raya mengenai kebolehpasaran produk pertanian Malaysia di negara berkenaan,” katanya.

Promosi produk pertanian di Eropah bermula pada 2014 di Belanda, dan pada tahun berikutnya, PPP The Hague bekerjasama dengan pasar raya utama di Malmo, Sweden dan Oslo, Norway sebagai usaha untuk menembusi pasaran negara Scandinavia.

Pada tahun ini, promosi yang sama diadakan di Malmo sebagai permulaan siri jelajah promosi di Eropah, diikuti Helsinki, Finland dan Bucharest, Romania.

Malaysia mengeksport buah-buahan bernilai RM43.41 juta ke Eropah pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: BelandaBuah-BuahanProduk Pertanian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cuepacs Tidak Bela Anggota Terlibat Perhimpunan Bersih

Next Post

Nak Tunjuk Hebat Kat Wanita, Lelaki ‘DiKung Fu’ Panda

Related Posts

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

15/11/2023
0

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah tindakan kerajaan yang membekalkan senjata kepada Israel....

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

26/01/2023
0

RIYADH: Arab Saudi mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelampau yang memijak dan mengoyakkan naskhah al-Quran berhampiran Parlimen di The Hague, Belanda....

Next Post

Nak Tunjuk Hebat Kat Wanita, Lelaki 'DiKung Fu' Panda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd