• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tren Laju KL-Pantai Timur Rancak Ekonomi Terengganu

oleh Ahmad Albab
05/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Rancangan kerajaan untuk membina sistem keretapi laju Kuala Lumpur-Pantai Timur bakal merancakkan kegiatan ekonomi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di Terengganu, kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata projek itu kelak akan menarik pelabur ke Terengganu di samping dapat merancakkan sektor pelancongan negeri.

“Saya nampak banyak peluang yang boleh diambil oleh Terengganu berkaitan dengan pembinaan kereta api laju ini.

“Pembinaannya melalui jalan pantai akan menjadikan Terengganu lengkap dengan fasiliti di mana pelabur boleh datang melalui kereta api atau menerusi penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program pertandingan memasak bubur asyura peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Pantai Peranginan Gong Badak, di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan membina kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Ahmad Razif berkata, apabila pembinaan itu dilaksanakan mulai tahun hadapan, ia akan turut memberi manfaat kepada kontraktor tempatan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sedang meneliti kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menarik kedatangan lebih banyak pelancong dari China, Taiwan dan Hong Kong ke Terengganu.

Katanya pada ekspo di Naning, China bulan lepas, Terengganu telah mendapat tempahan keropok sejuk beku dengan nilai kira-kira RM5 juta.

“Di samping keropok, kita turut akan memasarkan nasi dagang sejuk beku ke sana… kita akan buat perundingan selepas ini untuk membawa bahan makanan berkenaan untuk pasaran China tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd