• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Baharu FAM Ditentukan 25 Mac Depan

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Teka-teki siapa yang bakal menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal terjawab pada 25 Mac tahun depan apabila diadakan pemilihan jawatankuasa baharu bagi penggal 2017-2021.

Biarpun Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat kini menjadi nama terbaru dikaitkan dengan jawatan itu, Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, anggota gabungan boleh memikirkan nama yang mahu dicalonkan.

“Sekarang ini anggota gabungan boleh memikirkan siapa wakil mereka. Kita serahkan kepada mereka,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini.

Menurutnya pencalonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 23 Jan depan dan senarai akhir pencalonan akan disahkan pada 20 Februari.

“FAM mempunyai 19 anggota gabungan dengan masing-masing diwakili dua wakil dan satu undi daripada Persatuan Jurulatih menjadikan jumlah keseluruhan undi adalah 39.

“Barisan exco sedia ada tidak boleh menjadi perwakilan kepada anggota gabungan dan membuat pemilihan.

“Segala keputusan berdasarkan undian anggota gabungan pada sesi pemilihan bagi penggal baharu,” katanya sambil menambah pemilihan jawatankuasa baharu itu dibuat sempena Kongres Tahunan kali ke-53 badan induk tersebut.

Sementara itu, mengenai perkembangan isu pemacu pena yang kononnya mempunyai rekod gejala rasuah dan FAM, Afandi berkata selepas meneliti laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, tiada unsur rasuah yang timbul melainkan maklumat mengenai perkara teknikal FAM sahaja.

“Kita menerima maklumat tentang pemacu pena itu, kita juga dimaklumkan laporan tersebut menyentuh tentang perkara teknikal berkaitan dengan ringkasan pembangunan belia dan pendidikan kejurulatihan. Tiada unsur-unsur lain,” katanya.

Sebelum itu, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa mempunyai pemacu pena yang tersimpan perbuatan rasuah sejak 30 tahun lepas membabitkan pegawai FAM dan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, yang dikatakan diperoleh daripada orang dalam.

Selain itu, Afandi berkata jawatankuasa undang-undang FAM memperkenalkan peraturan baharu dalam pengurusan pemain yang dikenali sebagai peraturan perantara yang akan berkuat kuasa musim depan.

“Kita akan membenarkan mana-mana pihak mewakili pemain sama ada secara lantikan individu atau lantikan peguam bagi menguruskan kontrak pemain.

“Perantara ini perlu mendaftar dengan FAM dan tertakluk pada syarat yang kita telah tetapkan, setakat ini seramai 15 perantara berdaftar dengan FAM,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd