Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Polis 215...

PETALING JAYA : Acara Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 yang diadakan di Pusat...

Lokman Noor Adam Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini...

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu...

Jerebu: Singapura Diminta Fahami...

JAKARTA - Ketua Staf Presiden Indonesia, Teten Masduki berkata, Singapura harus memahami kesukaran...

Portal Ditaja Dana Asing: Polis Tubuh Pasukan Khas

PETALING JAYA – Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana daripada kumpulan asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan lima anggota itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Zainuddin Ahmad.

“Pasukan ini sedang mengkaji laporan-laporan daripada Internet dan pengadu awam untuk mengenal pasti sama ada benar punca kewangan portal berita itu adalah daripada pihak luar.

“Bila polis telah siap mengkaji maklumat sumber luar ini, saksi akan dipanggil dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjawab soalan, Khalid berkata polis telah mengenal pasti beberapa saksi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Menurut laporan media Isnin lepas, satu kumpulan asing dipengerusikan hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Centre dan Malaysiakini dalam programnya untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata dakwaan itu perlu disiasat secara empirikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.


Khalid juga berkata polis masih belum menerima laporan mengenai individu yang didakwa menghina al-Quran di Twitter semalam, dan kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan orang itu.

“Jangan ingat bila buka akaun palsu, polis tidak boleh kesan dan terlepas daripada kami. Maka, berhati-hatilah dalam guna media sosial yang menyentuh sensitiviti agama dan hina pemimpin negara,” katanya.

Semalam, Khalid di Twitter rasminya memberi amaran kepada seorang pemilik Twitter yang menggunakan nama ‘Bersihmond@firamond’ yang menghina al-Quran.

Di dalam tweetnya itu, Khalid meminta Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis mengesan pemilik akaun Twitter itu untuk diambil tindakan terhadapnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori