• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas 2 Geng Samun, 6 Lelaki Indonesia Ditahan

oleh Ahmad Albab
06/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan dua geng samun bersenjata yang aktif di daerah Timur Laut selepas menahan enam lelaki warga Indonesia dalam serbuan berasingan pada Jumaat dan semalam.

Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam serbuan pertama pada Jumaat, polis menahan dua lelaki warga Indonesia berusia 20-an yang merupakan suspek utama geng samun dan mencederakan mangsa di Sungai Nibong, di sini.

“Dua lelaki terbabit bersama empat lagi rakannya yang masih bebas disyaki menyamun wang tunai dan telefon bimbit serta memukul seorang lelaki Nepal berusia 30-an di Halaman Paya Terubong 3 Nov lepas menyebabkan mangsa cedera di mata dan badan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dalam serbuan kedua semalam, beliau berkata polis menahan empat lelaki Indonesia berusia 20 hingga 30 tahun juga di kawasan Sungai Nibong.

“Berdasarkan siasatan, empat lelaki itu terlibat dalam beberapa kes samun bersenjata termasuk menyamun rakan senegara mereka di Relau dengan mengacukan sebilah pisau ke perut mangsa sebelum merampas pelbagai barangannya,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata polis juga sedang mengesan dua lagi anggota kumpulan itu yang juga warga Indonesia dan dipercayai mereka masih berada di negeri ini.

Sementara itu, katanya polis juga menahan empat lelaki geng curi motosikal yang aktif menjalankan kegiatan itu di sekitar George Town, di sini dalam beberapa serbuan di Bukit Mertajam, semalam.

Beliau berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan seorang daripada mereka di sebuah rumah di Bukit Mertajam sebelum menahan empat lelaki berusia 21 hingga 23 tahun itu.

“Berdasarkan siasatan, mereka dipercayai terlibat sekurang-kuranganya empat kes curi motosikal di daerah Timur Laut termasuk yang terbaru di flat di Jalan Sungai, di sini pada 29 Okt lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd