• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Suspek Beli Telefon Pintar Guna Wang Palsu

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan tiga suspek dalam 12 kes penipuan pembelian telefon pintar menggunakan wang palsu, di sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, Klang, pada Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, ACP Mohd Sakri Ariffin berkata dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand itu yang aktif melakukan jenayah berkenaan sejak dua minggu lalu, ditahan pada kira-kira 3 pagi.

“Di sana (pangsapuri) polis turut menjumpai, antaranya 106 keping wang kertas RM100 palsu, dua mesin pencetak, sembilan telefon bimbit dan sebuah komputer riba,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Mohd Sakri tangkapan berkenaan susulan laporan polis oleh seorang wanita di Subang Jaya, yang menjadi mangsa kumpulan berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan dan risikan, polis berjaya mengenal pasti nombor pendaftaran kereta yang digunakan suspek dan berjaya menjejaki mereka.

Katanya modus operandi kumpulan ini adalah menghubungi mangsa yang mengiklankan penjualan telefon pintar dalam talian sebelum mengadakan pertemuan bagi membeli barangan itu.

“Mangsa diajak berjumpa di kawasan yang agak gelap di mana suspek akan menyerahkan wang palsu sebagai bayaran. Mangsa hanya tahu wang berkenaan palsu selepas melakukan pemeriksaan lanjut terhadap wang itu. Suspek kemudian akan menjual kembali telefon pintar berkenaan,” katanya.

Beliau berkata dengan penahanan ketiga-tiga suspek terbabit yang berusia 26 tahun hingga 37 tahun, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sebanyak 12 kes di sekitar Subang Jaya, Klang dan Shah Alam membabitkan kerugian berjumlah RM35,000.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Jenayahwang palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd