• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Maklumat Palsu, 2 Individu Diminta Serah Diri

oleh AK-47
08/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS Sarawak hari ini meminta dua wanita untuk tampil menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes memuat naik berita palsu di laman Facebook kononnya terdapat sindiket menjalankan pencurian organ kanak-kanak di Kampung Daun, Singai, Bau.

Individu berkenaan dikenali sebagai Marcello Michell dan Puan Ivy Michell berdasarkan kepada akaun Facebook yang digunakan untuk menyebarkan berita berkenaan.

Kongsi Maklumat Palsu, 2 Individu Diminta Serah Diri

Kongsi Maklumat Palsu, 2 Individu Diminta Serah Diri

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk S. Dev Kumar berkata, berita tidak sahih yang menjadi viral itu mendatangkan ketidaktenteraman kepada pengguna media sosial, khususnya masyarakat yang berada di daerah berkenaan.

Katanya, semalam dan hari ini sebanyak dua laporan polis diterima berkenaan perkongsian di Facebook mengenai pengambilan organ yang menjadi viral.

Perkongsian itu mendakwa seseorang telah ditangkap di kampung berkenaan kerana membunuh dua orang berserta gambar.

Tulis pengguna facebook itu lagi, mayat mangsa itu dikatakan ditemukan penduduk kampung yang mana organ mereka telah diambil malah dikatakan tiga lagi suspek masih bebas dengan menggunakan van berwarna putih yang berkeliaran mencari mangsa di sekitar Kuching.

“Pengguna akaun terbabit didapati telah menyebarkan maklumat kononnya seseorang telah ditangkap di Kampung Daun kerana menyebabkan kematian kepada dua individu.

“Individu yang menggunakan akaun Facebook Marcello Michell dan Puan Ivy Michelle dinasihatkan untuk menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau.

“Berita itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Tiada kejadian seumpama itu berlaku di Bau atau di mana-mana bahagian di Sarawak,” tegas S. Dev Kumar.

Tambah Dev Kumar, perkongsian itu disiasat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Multimedia dan Komunikasi 1988.

Polis turut mengingatkan kepada pengguna media sosial agar tidak menyebarkan sebarang khabar angin mahupun maklumat palsu yang hanya membawa kegusaran dan rasa takut kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Dev Kumar turut mengatakan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas individu terlibat dengan mendakwa mereka di mahkamah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berita palsufitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd