• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Didakwa Terima Rasuah Untuk Tutup Kes Dadah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima rasuah dua tahun lalu.

Inspektor Koperal Mohd Faizal Fauzi, 34; dan Koperal V. Ravi Chandran, 48; didakwa menerima suapan RM8,000 daripada K. Premnath di Maybank cawangan Jelapang di sini antara 7.40 malam dan 7.50 malam pada 2 September 2014.

Lelaki berkenaan memberikan suapan itu bagi menutup kesalahan yang dilakukan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim S. Indra Nehru membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Disember sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Wahida Jalaludin menawarkan ikat jamin RM15,000 setiap seorang, namun peguam bela kedua-dua tertuduh, K. Nathan memohon jumlah itu dikurangkan kerana masing-masing mempunyai tanggungan. – BERNAMA

Tags: anggota poliskes dadahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd