• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Presiden: Hillary Salahkan Pengarah FBI

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Calon Demokrat, Hillary Clinton, menyalahkan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey, di atas kekalahan mengejutkan pada pilihan raya presiden Selasa lalu dalam perbualan dengan pembiaya utama kempennya.

Clinton yang dianggap hampir semua tinjauan pendapat sebagai calon popular yang akan memenangi pilihan raya Selasa lalu.

Sebaliknya, calon Republikan, Donald Trump, menang pemilihan itu, mengejutkan banyak pihak di seluruh negara dan mencetuskan bantahan besar-besaran.

Clinton tidak menonjolkan diri sejak kekalahannya selepas menyampaikan ucapan pada pagi Rabu.

eliau memberitahu penyokongnya pada Sabtu bahawa pasukannya sudah merangka memo yang meneliti perubahan tinjauan pendapat menjelang pilihan raya itu dan surat daripada Comey terbukti menjadi titik peralihan.

Clinton berkata, keputusan Comey untuk memberitahu khalayak mengenai siasatan semula ke atas pelayan emel beliau menyebabkan sokongan merosot di Midwest, menurut sumber yang tahu mengenai perbualan itu.

Clinton kalah di Wisconsin, kali pertama sejak 1984 negeri itu memilih calon Republikan pada pilihan raya presiden.

Walaupun keputusan akhir di Michigan masih belum dikira, ia condong ke arah Republikan, di negeri yang kali terakhir memihak kepada calon parti itu pada 1988.

Comey menghantar surat kepada Kongres beberapa hari sebelum pilihan raya, mengumumkan beliau membuka semula siasatan sama ada Clinton mengendalikan secara salah maklumat sulit apabila menggunakan pelayan emel peribadi ketika menjadi Setiausaha Negara pada 2009 hingga 2012. – Reuters/BH ONLINE

Tags: FBIHillary ClintonPilihan RayaPresiden Amerika Syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

UMNO Berhak Tentukan Hala Tuju Parti, Tidak Terikat Dengan Kerajaan Perpaduan

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan atas Titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 sehingga Pilihan Raya Umum akan...

Jangan Jadikan Johor Eksperimen Pilihan Raya, Kekalkan Kestabilan Dan Kemajuan

Jangan Jadikan Johor Eksperimen Pilihan Raya, Kekalkan Kestabilan Dan Kemajuan

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor menyeru rakyat supaya tidak menjadikan negeri itu sebagai medan eksperimen politik menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd