Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Syatilla Kembali Berlakon, Anak...

SETAHUN lebih 'menyepi' selepas berkahwin dan berpantang, kini pelakon tinggi lampai Syatilla Melvin...

Anwar Bakal Hilang Kelayakan...

KUALA LUMPUR - Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik akan hilang...

KPKT Sedia Kaji Isu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) bersedia mengkaji...

Farahdhiya Dah Tak Ambil...

PENYANYI, Farahdhiya yang sebelum ini heboh menjadi bualan netizen berikutan kontroversi menerima gambar...

Piala AFF Suzuki: Mufti Perlis Harap Kabinet Tegas

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin harap jemaah menteri yang bermesyuarat pada Jumaat akan membuat keputusan tegas mengenai kezaliman kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya di negara itu.

“Pada pagi Jumaat yang baik ini, marilah kita berdoa agar Allah memberikan kekuatan dan bimbinganNya kepada menteri kabinet yang akan bermesyuarat pada hari ini.

“Kita doakan mereka semua dapat membuat keputusan tegas dan berkesan terhadap kezaliman dan penindasan yang sedang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, keputusan tegas dan berkesan itu penting dalam menzahirkan nilai kemanusiaan, selain melambangkan Malaysia sebagai negara majoriti muslim.

“Dengan keputusan itu, semoga Allah merahmati negara ini dan kepimpinannya,” katanya.

Pada Rabu lalu, Mohd. Asri menggesa skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada menentang Myanmar pada saingan Piala AFF Suzuki di negara itu pada Sabtu ini.


Beliau berkata, gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Gesaan tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memberi jaminan beliau akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

Bagaimanapun, Khairy berkata, pendirian KBS mengenai gesaan itu hanya akan diputuskan mengikut keputusan sebulat suara dalam Kabinet. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori