• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Solidariti Semua Pihak, Penghapusan Etnik Rohingya

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Semua pihak tanpa mengira bangsa, agama atau parti politik perlu tampil menunjukkan solidariti masing-masing dalam isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar yang berlarutan sehingga kini, kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kelantan berkata penindasan ke atas etnik Rohingya bukan lagi masalah politik negara tersebut semata-mata, namun melibatkan penganiayaan sesama manusia yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

“Saya menyeru semua pihak supaya tunjukkan solidariti kepada masyarakat Rohingya di Myanmar atas penghapusan etnik ini seperti kita marah terhadap penghapusan etnik yang berlaku di Bosnia dan Herzegovina dahulu.

“Ini melibatkan hak mereka untuk hidup dan hak bernegara (sama seperti orang lain),” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Buku Peranakan Cina Kelantan – Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu di sini, hari ini.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob itu turut dihadiri Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron.

Sementara itu, Ahmad Yakob ketika berucap melancarkan buku tersebut berkata penulisan tersebut merupakan sesuatu yang amat berharga dan bernilai kepada warisan negara.

“Kita berharap akan ada lagi pelbagai kajian dan penulisan sebegini di Kelantan selepas ini bagi memastikan amanah ini digalas sebagai satu tanggungjawab sosial untuk memelihara warisan kita dan secara tidak langsung membina penyatuan kaum selain memahami perbezaan yang wujud.

“Nilai sejarah ini perlu dijaga sebaik mungkin kerana kita risau ia semakin pupus dan mungkin tiada pewaris,” katanya.

Buku tulisan Zinitulniza Abdul Kadir (she) itu antara lain memuatkan tentang bagaimana survival Peranakan Cina Kelantan untuk mengekalkan jati diri Cina namun dalam masa sama mengorbankan beberapa perkara demi menjaga sensitiviti masyarakat Melayu yang lebih dominan di Kelantan.

Buku terbitan bersama kerajaan Kelantan, ITBM serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berharga RM150 itu sebelum ini telah terjual sebanyak 2,300 buah sejak dipasarkan beberapa bulan lepas. – BERNAMA

Tags: Mohamed Fadzli HassanMyanmarPAS KelantanRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd