• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Bersih 5 Tetap Diteruskan – Penganjur

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur Bersih 5 menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan berkenaan di ibu negara walaupun tidak dibenarkan oleh pihak polis.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan mendakwa telah memenuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan menghantar notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan itu.

“Notis dihantar melalui serahan tangan pada 28 Oktober 2016 bersama peta lalaun kepada balai polis berkenaan, lebih daripada 10 hari yang diperlukan.

“Kami juga berjumpa dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 3 November 2016, pukul 11 pagi, untuk memberi kerjasama dan maklumat lanjut tentang perhimpunan Bersih,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Justeru, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 menegaskan akan meneruskan perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

“Kami akan berkumpul di Dataran Maybank (Jalan Bangsar) dan Masjid Negara pada 10 pukul sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“Tiada perubahan lokasi perhimpunan kerana kami akan berada di sekitar kawasan Dataran Merdeka. Kami menyeru kepada rakyat Malaysia turun ke jalan raya,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam menafikan dakwaan kononnya demonstrasi Bersih 5 yang dirancang diadakan oleh kumpulan anti kerajaan di ibu negara boleh diteruskan kerana semua syarat perhimpunan aman sudah dipatuhi.

Kata beliau, dakwaan itu merupakan satu kenyataan yang mengelirukan kerana pihak polis mendapati pihak penganjur gagal mengemukakan permohonan yang menepati prasyarat untuk mengadakan sesebuah perhimpunan aman.

“Polis Dang Wangi dan Brickfields menerima notis daripada penganjur Bersih 5. Bagaimanapun kedua-dua notis itu gagal mematuhi prasyarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Antaranya, kedua-dua notis menyatakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk perhimpunan itu, tetapi tiada surat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dilampirkan seperti dikehendaki dibawah Seksyen 10 (C) dan Seksyen 11 akta itu,” kata Khalid. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd