• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Diminta Percepat Mekanisme Jualan Minyak Masak

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta mempercepatkan usaha mewujudkan mekanisme bersesuaian berhubung penjualan minyak masak agar tidak menyusahkan pengguna.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata ia penting bagi memastikan pengguna tidak berdepan masalah memperoleh minyak masak seperti yang dihadapi ketika ini.

“Kita tidak mahu isu minyak (masak) ini akan menyebabkan rakyat susah… jangan jadikan (kesulitan mendapatkan) minyak masak ini (sebagai alasan untuk) menyebabkan harga barang naik,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK Langkawi, Tarmezy Mohamad dan penguat kuasa kementerian itu.

Nor Saidi berkata banyak aduan daripada orang ramai diterimanya di Langkawi dan sejak dua hari lepas, bekalan minyak masak tiada langsung di pulau itu.

Sehubungan itu, beliau meminta kuota bekalan minyak masak di Langkawi disemak semula pada kadar segera berikutan kekurangan stoknya di pasaran runcit sudha berlaku sejak seminggu lepas.

Menurutnya, keperluan minyak masak dijangka meningkat apabila tiba musim cuti sekolah pada akhir bulan ini berikutan peningkatan jumlah pelancong dan majlis kenduri yang diadakan penduduk setempat.

Pada masa sama, Nor Saidi turut berterima kasih kepada KPDNKK kerana berjaya mendakwa seorang peruncit yang menyorok bahan itu semalam dan pada masa sama meminta pemantauan diperketatkan lagi di Langkawi. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd