Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

KWSP Suri Rumah: 2%...

PUTRAJAYA - Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah dicadangkan...

300 Maut, 6 Juta...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 300 orang maut di timur dan tengah India, selain...

Jaminan Elaun Sara Hidup...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengulangi jaminan...

20 Ditahan Disyaki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas guru di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak...

Peniaga Warga Emas Didakwa Jual Barang Kawalan Tanpa Lesen

MELAKA – Seorang peniaga warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menjual 39 unit barang kawalan, tanpa lesen.

Yau Ah Tin, 65, didakwa menjual barang kawalan berjadual di bawah Peraturan Kawalan 4, Peraturan Kawalan Bekalan 1974 seperti 18 botol minyak masak 2 kilogram (kg), enam unit gula pasir kasar 1kg, sembilan unit tepung gandum 1kg dan enam tong gas petroleum cecair 14kg tanpa lesen.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di Pasar Mini Batu Berendam, No. 8, Jalan Melaka Baru 20, Taman Melaka Baru, di sini pada 3.45 petang, 27 Okt lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Peraturan 21(1), peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa Sallim Wahid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun Yau yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia sudah tua dan tidak mengetahui cara untuk memperbaharui lesen secara dalam talian.

Hakim Ahmad Sazali Omar membenarkan Yau diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori