• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengunjung Hospital Hairan Kambing ‘Masuk’ Ke ER

oleh AK-47
13/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Seorang warga emas tempatan mencetuskan rasa pelik dan kehairanan kepada kakitangan dan pesakit salah sebuah hospital di Turki apabila dilihat mengendong seekor kambing.

Kelibat Mustafa Uygun, 63, dalam keadaan tergesa-gesa memasuki bangunan itu bersama-sama haiwan peliharaan tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di Hospital Kerajaan Eskisehir di barat laut Turki.

Menurut laman berita Daily Mail, Uygun terpaksa membawa kambingnya itu ke bilik kecemasan (ER) hospital berkenaan kerana mengalami pendarahan akibat patah tanduk dan berada dalam kesakitan.

Pengunjung Hospital Hairan Kambing 'Masuk' Ke ER

Pengunjung Hospital Hairan Kambing 'Masuk' Ke ER

“Saya tidak tahan melihat dia dalam kesakitan jadi saya membawanya ke hospital, kerana saya tidak tahu mana-mana klinik veterinar di Eskisehir,” katanya.

Tambah Uygun, anak perempuannya sangat sayangkan kambing itu dan disebabkan itulah dia sanggup membawa haiwan berkenaan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menerusi video yang tersebar menerusi laman sesawang, Uygun terpinga-pinga mencari seseorang yang boleh membantu kambing peliharaannya itu.

Sehinggalah muncul beberapa jururawat yang baik hati datang membantu dan merawat tanduk kambing yang patah itu dengan iodine, sebelum memberitahu Uygun klinik haiwan berdekatan.

Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Uygun apabila kambing kesayangannya tidak sedarkan diri setelah menjalani pembedahan di klinik haiwan tersebut.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku pada Julai lalu namun baru tersebar setelah dimuat naik di laman internet. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bilik kecemasanhospitalkambingpatah tanduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd