• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengambilalihan Splash Belum Dimuktamadkan

oleh AK-47
10/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) masih belum dimuktamadkan berikutan pada 7 Oktober lepas kerajaan Persekutuan meminta lanjutan tempoh enam bulan bagi membolehkan penilai bebas antarabangsa menentukan nilai tawaran yang adil dan terbaik untuk semua pihak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pengambilalihan Splash juga akan dibiayai sepenuhnya oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di perkarangan bangunan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini merujuk kepada isu pengambilalihan Splash bernilai RM2.975 bilion.

Mohamed Azmin berkata Splash juga telah menulis surat kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memaklumkan bahawa syarikat itu dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah bersetuju dengan harga tawaran berkenaan.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini mendakwa ada pihak tidak senang dengan kenyataannya yang mempertikai nilai tawaran pengambilalihan Splash sebanyak RM2.975 bilion oleh kerajaan negeri.

“Menteri besar juga mengeluarkan kenyataan akhbar seolah-olah mencabar saya untuk memberi penerangan tentang tawaran RM2.9 bilion kepada Splash pada 2009.

“Sekali lagi saya ulang bahawa cabaran itu dibuat tanpa menjawab persoalan pokok,” katanya.

Sungguhpun begitu, Abdul Khalid berkata beliau bersedia untuk memberi penerangan terperinci di Dewan Undangan Negeri berkenaan tawaran-tawaran yang telah dibuat kerajaan negeri sepanjang beliau memegang amanah sebagai menteri besar Selangor. – BERNAMA

Tags: Azmin AliSplash
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd