• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Perlis Sedia Hadapi Air Pasang Besar

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Penghuni di lebih 4,000 rumah di muara sungai dan sepanjang pantai di Perlis sudah bersedia menghadapi air pasang besar yang dijangka berlaku mulai hari ini hingga 17 November ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Mat Hassan berkata berpandu pada ramalan Jabatan Meteorologi, penduduk terbabit kini lebih bersedia menghadapi fenomena tersebut selepas berdepan situasi sama pada 17 hingga 21 Oktober lalu.

Beliau turut menasihatkan penduduk berkenaan agar tidak panik, sebaliknya menggunakan pengalaman lepas untuk mengurangkan kerugian.

“Kerajaan akan membantu apa yang boleh termasuk menyediakan tempat perlindungan sementara bagi menempatkan barang-barang penting dan berharga milik mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau juga meminta penduduk terbabit terutama yang tinggal berhampiran muara sungai pesisir pantai dari Kuala Perlis ke Kuala Sanglang mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan.

Mat berkata ban dan benteng batu dari Kuala Perlis hingga Kuala Sanglang sepanjang 20 kilometer tidak mampu menahan ombak tinggi semasa air pasang besar yang boleh menjejaskan lebih 200 hektar sawah di pesisir pantai tersebut.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri telah membuat permohonan tambahan daripada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf benteng tersebut. – BERNAMA

Tags: air pasang besarPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd