• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembekal, Peniaga Diminta Kekalkan Harga Minyak Masak

oleh
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis meminta peniaga dan pembekal khususnya di negeri ini, mengekalkan harga minyak masak kerana tiada harga baharu bahan itu yang diumumkan kerajaan, setakat ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Perlis, Jamal Nor Ahmad Harun berkata sehingga kini, agensi itu belum menerima makluman berkaitan senarai harga baharu minyak masak yang dijual di negara ini.

“Kami sedia maklum penyebaran resit dan gambar berserta tanda harga minyak masak yang dijual pada harga lebih tinggi melalui aplikasi whatsapp, namun tidak diketahui daripada mana.

“KPDNKK sendiri belum menerima arahan dan makluman berkaitan senarai harga baharu minyak masak. Macam mana ada yang sudah pasti bahan itu akan dijual pada harga RM21.30 untuk minyak masak 5 kilogram?” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan wujud senarai harga minyak masak yang disebarkan di media sosial sejak beberapa hari lepas, yang tidak diketahui sumbernya.

Pada Rabu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Di bawah penstrukturan semula itu, harga minyak masak paket 1kg kekal pada harga RM2.50, tetapi minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Jamal Nor berkata pemeriksaan yang dilakukan di kebanyakan premis di Perlis hari ini, masih mengekalkan harga lama bagi semua saiz minyak masak dalam botol, dan pemantauan akan dilakukan berterusan sehingga panduan kadar baharu ditetapkan kerajaan dikeluarkan.

“Setakat ini, KPDNKK Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga minyak masak yang dijual pada harga lebih tinggi seperti yang disebarkan menerusi aplikasi pintar itu.

“Pada masa sama, kita akan pantau supaya tiada peniaga mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan menaikkan harga bahan itu ke tahap tidak munasabah,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKMinyak Masak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd