• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Maut, 7 Penumpang Cedera Bas Rempuh Treler

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu bas maut manakala tujuh penumpang cedera ringan apabila kenderaan itu merempuh belakang sebuah treler di KM383.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Sebelah Behrang dekat sini, hari ini.

Mangsa, Nurul Yatimi Mohamed Noor, 25, meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Slim River sementara empat penumpang perempuan dan tiga lelaki yang cedera ringan dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd. Rosli Ibrahim berkata insiden kira-kira 2.51 pagi itu dipercayai berlaku ketika bas konsortium yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Johor Bahru.

“Pemandu bas yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak hospital manakala pemandu kedua, Mohd. Rokdi Ahmad, 46, serta 20 lagi penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, 20 penumpang yang terselamat itu dibawa ke Johor Bahru dengan menaiki bas lain.

Mohd Rosli berkata seramai enam anggota bomba dengan bantuan anggota polis serta orang awam mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd