Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penambahan 2 Kapal Ronda...

SANDAKAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di perairan...

Ratu Wushu Asia Tenggara...

HIDAYAH... Penyandang pingat emas Sukan Asia 2018 bagi acara wushu, Lindwells Kwok memilih...

Rombak Subjek Sejarah Di...

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM)...

Polis Tahan Beberapa Individu,...

KUALA LUMPUR - Dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan...

Pelajari Teknik Pembelajaran Aktif – Mary Yap

KUALA SELANGOR – Penuntut jurusan pendidikan disaran mempelajari teknik pembelajaran aktif, supaya dapat dipraktikkan ketika sesi pengajaran mereka bagi menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata teknik itu dilihat berkesan kerana pelajar akan menjadi lebih kreatif dan berani untuk mengutarakan pendapat masing-masing.

“Penuntut yang mengambil bidang pendidikan dan bakal bergelar guru atau pensyarah, kita mahu anda mempelajari dan menggunakan pendekatan ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran dibuat.

“Langkah ini akan menarik minat pelajar untuk belajar selain menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam proses pengajaran terutamanya membabitkan penuntut di peringkat universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program syarahan perdana bertajuk ‘Active Learning and Formative Assessment in Education’ yang disampaikan oleh Koordinator Program Sarjana Pendidikan dan Penyelidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Chan Yuen Fook, di kampus UiTM Puncak Alam di sini, hari ini.


Yap berkata, pembelajaran aktif yang menekankan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara tidak langsung mampu menyerlahkan lagi bakat, potensi serta kebolehan pelajar tersebut.

“Di universiti juga kita menekankan konsep yang sama iaitu perlu berani untuk menyatakan pendapat dan pandangan di dalam kelas…sebab itu, anda perlu membudayakan teknik yang sama apabila anda mengajar nanti.

“Kita melihat pendekatan ini juga dapat memberi kebebasan kepada tenaga pengajar untuk menentukan proses pengajaran mereka dan kita yakin cara ini dapat memberi impak positif kepada dua-dua pihak (pengajar dan pelajar),” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori