Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Exco Johor Dibebas Dengan...

JOHOR BAHRU - Seorang Exco kerajaan Johor yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung...

Budak Dirantai, Dikurung Bapa...

SEORANG bapa ditangkap kerana bertindak kejam merantai dan mengurung anak lelakinya di Ogun, Nigeria. Francis...

Cadangan Mansuh Akta Berita...

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada...

PM: Saya Tidak Dibayar...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beliau tidak dibayar sebarang imbuhan...

Pekerja Warga Bangladesh Maut Dihempap Besi

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja warga Bangladesh maut dihempap besi pembinaan yang tercampak ketika melakukan kerja penyambungan besi di Pusat Perindustrian Batu 29, Ulu Yam, Kuala Kubu Bharu hari ini.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata Shahadat Kabir, 29, sedang melakukan kerja penyambungan besi sepanjang kira-kira 10 meter menggunakan mesin sebelum besi itu terpelanting dan menghempapnya.

“Dua rakan Shahadat yang berada bersamanya sempat menyelamatkan diri namun mangsa yang cedera parah di kepala dan patah kaki serta tangan disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Selayang di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rosdi berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata besi serta serpihan struktur bangunan yang rosak sedikit telah dialihkan dan lokasi kejadian disahkan selamat.


Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori