• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Gula Lemas Terjatuh Ke Dalam Sg. Perai

oleh
20/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita pekerja kilang gula di Perai dijumpai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai ketika sedang menjalankan kerja di atas tongkang di jeti kilang berkenaan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa S. Ravichanthar, 42, sedang menjalankan kerja di atas tongkang bersama seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun.

Beliau berkata semasa mereka sedang bekerja, tiba-tiba pekerja lelaki itu terjatuh ke dalam Sungai Perai dan mangsa yang berada di situ cuba membantu menarik rakannya sebelum dia turut terjatuh ke dalam sungai kerana keadaan licin disebabkan hujan.

“Seorang lagi rakan mereka yang ternampak kejadian itu bertindak mencampakkan tali ke dalam sungai dan berjaya menarik pekerja lelaki berkenaan ke atas jeti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mereka cuba untuk membantu mangsa dengan membaling tali bagi menariknya naik ke atas jeti bagaimanapun wanita itu sudah tidak kelihatan di dalam sungai berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata selepas gagal mencari mangsa, mereka memaklumkan kejadian itu kepada majikan sebelum menghubungi pihak bomba bagi operasi mencari dan menyelamat.

Katanya anggota bomba berjaya menemui mayat mangsa di dasar Sungai Perai pada pukul 12.33 tengah malam.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, rakan sekerja mangsa N.Dorairaju, 41, berkata semasa kejadian dia sedang bekerja tidak jauh dari tongkang berkenaan sebelum terdengar pekerja lelaki tersebut menjerit meminta tolong dan ternampak dia terkapai-kapai di dalam sungai.

Katanya dia terus membaling tali yang terdapat di kawasan jeti itu untuk menyelamatkan mangsa dan menariknya naik ke atas jeti sebelum dimaklumkan terdapat seorang lagi pekerja turut terjatuh ke dalam sungai.

“Saya ingat seorang saja yang jatuh tetapi sebaik dimaklumkan seorang lagi turut terjatuh, saya terus baling tali sekali lagi ke dalam sungai tetapi masa itu mangsa sudah tidak kelihatan. Kami terus beritahu majikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd