• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PAU Boleh Cetuskan Hubungan Baik UMNO Dan PAS”

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hubungan yang semakin baik antara Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat akan menjadi inspirasi kepada anggota akar umbi untuk bekerjasama demi kepentingan ummah dan negara.

Sehubungan itu, Perhimpunan Agung UMNO 2016 dipandang sebagai satu platform untuk menggalakkan hubungan baik itu di semua peringkat.

Perwakilan dan pemerhati di perhimpunan ini menaruh harapan mereka akan membawa pulang ke negeri masing-masing idea dan pendekatan yang berkesan untuk merealisasikan hasrat itu.

Seorang pemerhati yang juga anggota UMNO Cawangan Kampung Aman, Jitra, Kedah, Mohd Fadzli Abdul Halim, 49, berkata sikap pemimpin adalah penting untuk mencorakkan hubungan anggota UMNO dan PAS di semua peringkat.

Beliau berkata sebarang perpecahan dalam kalangan masyarakat khususnya di luar bandar hendaklah diatasi.

“Sekitar tahun 80-an berlaku perkara tidak diingini dalam masyarakat seperti pulau-memulau, sembahyang dua imam dan sembelihan ternakan oleh pihak tertentu tidak halal, ini merugikan orang Melayu,” katanya.

Seorang perwakilan yang juga Ketua UMNO Cawangan Perumahan Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Zulkifli Abdul Ghani, 61, berkata perhimpunan ini amat penting bagi memikirkan bagaimana orang Melayu yang kini masih berpecah boleh bersatu.

“Inilah platform untuk perwakilan dan para pemimpin UMNO memikirkan idea-idea baharu yang boleh dilaksanakan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata di kawasannya, perpecahan akibat perbezaan fahaman politik tidak begitu ketara namun hubungan antara ummah perlu dieratkan lagi.

Seorang perwakilan Wanita UMNO Bahagian Labis, Rohani Tamrin, 59, berkata anggota akar umbi bersedia untuk mengikut jejak pemimpin yang mengutamakan kepentingan ummah dan negara.

Rohani berkata perpecahan yang berlaku dalam masyarakat selama ini disebabkan terdapat pemimpin yang menganjurkan politik sempit dan pentingkan diri.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam serta cabaran politik semasa mendesak kedua-dua parti politik itu lebih positif untuk kepentingan ummah dan negara.

Beliau berkata perhimpunan ini perlu menggalakkan perpaduan orang Melayu yang kukuh agar “perbalahan hebat” pada masa lalu (sekitar 80-an) tidak berulang.

“Sejak kebelakangan ini, banyak faktor yang dilihat menyumbang kepada hubungan yang semakin baik antara UMNO dan PAS, dan ini menunjukkan proses ke arah mencapai banyak lagi titik persamaan sedang berlaku,” katanya.

Kamarul Zaman berkata hubungan yang dilihat semakin baik antara UMNO dan PAS dijangka akan berterusan demi kepentingan ummah dan negara.

Najib dalam Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, berkata hubungan tegang antara UMNO dan PAS yang berlaku suatu ketika dahulu, kini semakin kendur termasuk di peringkat akar umbi.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan UMNO adalah lebih tertumpu kepada soal untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini dan jalinan itu bukan atas kepentingan politik. – BERNAMA

Tags: PASPAU 2016UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Puteri UMNO Kecam Penindasan Etnik Rohingya

Next Post

Julia Ziegler Tamatkan Zaman Bujang 1 Januari 2017

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post

Julia Ziegler Tamatkan Zaman Bujang 1 Januari 2017

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd