Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Muruku Tetap Jadi Kuih...

GEORGE TOWN – Kuih tradisional masyarakat India, muruku, bukan sahaja menjadi kudapan kegemaran...

Edvardsen Letak Jawatan Pengarah...

KUALA LUMPUR - Morten Loeken Edvardsen, 37, telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan...

Polis Lupus 13,452 Mesin...

KAJANG - Sebanyak 13,452 mesin judi berkomputer yang dirampas sejak Januari 2014 sehingga...

Pembangunan Semula Masjid Kampung...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini berkata pembangunan semula masjid...

Pasangan ‘Buli’ Pegawai MBSA Dihukum Penjara 14 Hari

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 14 hari kepada sepasang suami isteri yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugasnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam.

Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah atas perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh diperintahkan membayar RM3,000 seorang dan sekiranya gagal, hukuman penjara bakal ditambah lagi sebanyak tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman kepada kedua-dua tertuduh hingga selesai rayuan. Pasangan etnik Cina itu dibebaskan dengan jaminan RM2,000 seorang.

Dalam kejadian jam 10.24 pagi itu, mangsa, Nurul Ain Isa, 23, telah dikasari dan dikepung oleh sepasangan suami isteri selepas mengeluarkan saman ke kereta tertuduh yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Pasangan 'Buli' Pegawai MBSA Dihukum Penjara 14 Hari


Insiden itu turut dirakam oleh seorang saksi yang kemudian bertindak menviral video tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian rakyat Malaysia, yang rata-ratanya mengecam dan mengkritik tindakan biadap pasangan suami isteri berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori