• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen AS Lulus Undi Sekat Jualan Pesawat Ke Iran

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Dewan Rakyat Amerika Syarikat mengundi untuk menyekat penjualan pesawat komersial Boeing dan Airbus ke Iran.

Dewan yang dikuasai Republikan semalam meraih 243 undi berbanding 174 untuk meluluskan undang-undang melarang Jabatan Perbendaharaan daripada mengeluarkan lesen yang diperlukan bank-bank di AS untuk melengkapkan transaksi.

Langkah ini juga akan membatalkan kuasa yang digubal sebelum ini yang membenarkan jualan pesawat ke Republik Islam berkenaan. Rang undang-undang itu kini perlu mendapat kelulusan Senat.

Tindakan itu diambil kira-kira dua bulan selepas Pejabat Perbendaharaan Kawalan Aset Asing AS memberikan Airbus dan Boeing kebenaran untuk menjual kapal terbang ke Iran dalam perjanjian membabitkan berbilion dolar Amerika.

Transaksi itu diluluskan selepas sekatan anti-Iran berakhir sebagai sebahagian daripada perjanjian nuklear yang dicapai awal tahun ini antara Iran dan enam kuasa dunia.

Iran dan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, Perancis serta Jerman memulakan pelaksanaan perjanjian yang digelar Rancangan Tindakan Bersama Komprehensif (JCPOA), pada 16 Januari .

Di bawah JCPOA, semua sekatan yang dikenakan ke atas Iran oleh Kesatuan Eropah (EU), Majlis Keselamatan PBB dan Amerika Syarikat perlu ditarik balik selepas Iran mengehadkan beberapa aspek program damai nuklear.

Isnin lalu Rumah Putih mengumumkan bahawa Presiden Barack Obama akan menggunakan kuasa veto ke atas rang undang-undang itu yang cuba menyekat eksport pesawat penumpang ke Iran.

Menurut Obama, sekutu Amerika akan melihat undang-undang itu sebagai melanggar perjanjian nuklear. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatIran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jual Dara Untuk Selamatkan Abang Sakit Leukemia

Next Post

Polis Wanita Persis Model Jadi Sebutan

Related Posts

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

Isu Tarif Naik: China Mulakan Tindakan Undang-undang Terhadap AS

04/03/2025
3

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)...

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Next Post

Polis Wanita Persis Model Jadi Sebutan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd