Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Sistem Tram Paling Sesuai...

GEORGE TOWN - Sistem pengangkutan tram dilihat paling sesuai untuk mengatasi masalah kesesakan...

Pulut Kuning, Sate Anak...

PETALING JAYA - Siapa sangka sajian pulut kuning bersama rendang daging mampu melonjakkan...

Filem Pertama Radhi Khalid...

KUALA LUMPUR - Pelakon Radhi Khalid memberitahu filem terbitan pertama syarikatnya, Radhikal Films...

Aedes: 71 Tapak Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73 peratus atau 74 daripada 102 tapak pembinaan yang...

PAN Dakwa Perintah Tahanan Reman Undang-Undang Lapuk

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd. Yunus seolah-olah mahu mengajar polis cara melakukan siasatan dalam kes aktivis pembangkang, Jufazli Shi Ahmad menyebarkan dakyah palsu ke atas kerajaan Sabah di laman Facebook.

Beliau dalam satu kenyataan menggariskan beberapa langkah yang kononnya perlu dilakukan polis dalam siasatan kes tersebut kerana padanya perintah tahanan reman dilaksanakan ke atas Jufazli sudah lapuk.

“Mensyaratkan reman sebagai satu-satu cara untuk mendapatkan maklumat dari tertuduh adalah kaedah yang lapuk.

“Mensyaratkan reman untuk setiap siasatan adalah sikap mengambil mudah selain kaedah yang menambah perbelanjaan kerajaan kerana menanggung kos makan minum, pakaian dan kos anggota di lokap,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hasanuddin mendakwa, polis sepatutnya membebaskan Jufazli daripada tahanan reman dan tidak menghantarnya ke Sabah untuk melengkapkan siasatan.

Dakwa beliau, polis boleh menyiasat dan mendapatkan segala maklumat yang diperlukan daripada Jufazli tanpa meremannya melalui Facebook.

Katanya, inspektor polis yang didatangkan dari Sabah memadai untuk menjalankan tugas bagi rakan-rakannya di sana.


“Kes yang dilaporkan kepada magistret boleh diserahkan kepada seorang pegawai yang terlatih untuk membuka penyiasatan.

“Apa perlunya membawa tahanan ke setiap balai polis untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan sedangkan antara balai dengan balai itu boleh dihubungi dengan menggunakan teknologi digital,” dakwanya.

Jufazli Shi yang ditahan reman dua hari lalu di Lokap Berpusat Jinjang bakal dihantar pulang ke Kota Kinabalu, Sabah. Jufazli ditahan di sebuah pusat membeli-belah dan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers, sebelum dipindahkan ke Lokap Berpusat Jinjang, pada 9 November lalu.

Dia disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (atas kesalahan fitnah), Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori