• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakai Seragam `Seorang Ibu’ Untuk Halloween Dapat Pujian

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGAN lingkaran hitam di bawah mata dan kesan muntah di atas bahu, seorang budak perempuan kelihatan sangat letih.

Dia mengendong anak patung manakala satu lagi anak patung diikatkan di kakinya sambil dia merenung kamera dalam keadaan wajah yang keletihan akibat tidak cukup tidur.

Namun kenapa budak perempuan itu, dikenali sebagai Lainie, berada dalam keadaan berkenaan?

Lainie sebenarnya memakai kostum Halloween namun pakaiannya itu bukan menggambarkan hantu, sebaliknya keadaan seorang ibu yang keletihan, yang terpaksa bertungkus lumus menjaga anak-anak dan mengendalikan urusan rumah tangga.

Gambar Lainie, dari Amerika Syarikat itu telah dimuatnaik oleh Rachael Fansler Beachy di Facebook dan mendapat 165,000 likes.

“Anak perempuan rakan saya ini menjadi `seorang ibu’ untuk Halloween. Nampak tak lingkaran hitam di bawah matanya dan muntah. Saya nak pengsan. Inilah seragam terbaik pernah saya saksikan,” katanya.

Menurut Rachael, Lainie sepatutnya masuk pertandingan pakaian beragam dan seharusnya menang.

Penampilan Lainie itu juga mendapat pujian kaum ibu kerana sememangnya itulah penampilan harian mereka ketika menguruskan rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budakHalloweenIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

‘Jangan Risau Johor Ditadbir Oleh Budak, Budak Ini Budak Yang Rajin’ – Mohd Fared

23/05/2026
0

JOHOR BAHRU - "Jangan risau walaupun negeri kita ditakbir oleh seorang 'budak', tapi 'budak' ini memang budak yang rajin" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd