• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Perlu Guna Akta Industri Air 2006 – Ongkili

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pahang perlu merombak sistem bekalan air mentah negeri itu menerusi penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 segera, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili.

Katanya langkah itu perlu bagi memastikan bekalan air yang berkualiti dan berterusan di Pahang.

Kerajaan negeri juga harus semak semula tarif air untuk menampung kos operasi, sekali gus melonjak kualiti perkhidmatan untuk manfaat pengguna, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menitahkan kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dan segera mengatasi masalah bekalan air di beberapa daerah di negeri itu.

Ongkili berkata Pahang adalah antara tiga negeri yang masih belum melakukan migrasi ke akta itu, yang memperuntukkan mengenai kawalan selia perkhidmatan air, selain Selangor dan Melaka.

“Kita akan terus mengambil tindakan yang perlu untuk membantu setiap negeri tersebut.

“Perbincangan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan kerajaan negeri juga akan diadakan, khususnya kerana masalah kekurangan bekalan kapasiti,” katanya

Ongkili menegaskan tarif perlu disemak semula supaya selari dengan kos operasi.

“Cuma ada segelintir kerajaan negeri yang tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang akan membebankan pengguna.

“Pahang tidak pernah menaikkan tarif air selama 33 tahun. Tapi dalam masa yang sama, mereka berhadapan dengan masalah kekurangan dana pengurusan daripada kerajaan perseketuan,” katanya.

Ongkili berkata ini kerana kerajaan persekutuan tidak boleh memainkan peranan yang lebih luas di negeri itu sekiranya ia tidak menggunakan akta tersebut. – BERNAMA

Tags: bekalan airPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd