• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Bakal Jadi Hab Susu Segar Negara Menjelang 2019

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Pahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan keupayaan membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun.

Ketua Pengarah MARDI Datuk, Dr Sharif Haron berkata walaupun kini Pahang hanya membekalkan tidak sampai lima peratus daripada 60 juta liter keperluan susu segar negara, namun dengan adanya projek ternakan tenusu baharu usahasama MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk, hasrat itu mampu direalisasikan.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat menjadikan Pahang sebagai hab utama pengeluaran susu segar negara.

Menteri sendiri (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) mahukan Muadzam Shah menjadi lembah tenusu dengan turut melibatkan kawasan Rompin dan sebahagian dari Segamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas lawatan kerja Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke MARDI Muadzam Shah di sini hari ini.

Lawatan kerja berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd Fadhil Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safiyan Ismail.

Pada majlis itu Tengku Abdullah turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk mewujudkan satu lagi ladang tenusu baharu di Muadzam Shah melibatkan kawasan seluas 250 hektar milik MARDI.

Mengulas lanjut, Sharif berkata pada masa kini katanya, Pahang menjadi antara negeri ketiga terbanyak menyumbangkan pengeluaran susu segar negara selain Sabah dan Johor.

“Di Pahang kami mempunyai empat ladang tenusu di sekitar kawasan Gambang dan Muadzam yang setiap satu mampu mengeluarkan antara satu hingga empat juta liter susu segar setahun.

“Ladang tenusu baharu ini yang dijangka bakal beroperasi tahun depan mampu menyumbangkan sehingga empat juta liter susu segar setahun melibatkan antara 1,000 ekor sehingga 1,200 ekor ternakan lembu tenusu di ladang itu,” katanya.

Sementara itu Mohd Fadhil berkata perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk itu adalah menifetasi sebahagian daripada beberapa inisiatif MARDI untuk memasuki era pengkormesilan dalam industri tenusu.

“Ia memberi satu kesempatan untuk MARDI mengembangkan kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam bidang ternakan di lapangan secara komersil dan dengan adanya perjanjian ini, ia diharap dapat menyerlahkan lagi peranan agensi di dalam pembangunan ternakan di Muadzam,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARDIPahangsusu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd