• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Cari Pendaki Hilang Diperluas Ke Lembah Yakhar

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran diperluas ke Lembah Yakhar.

Rozaimi Mohd Said, ketua ekspedisi itu, dalam satu kenyataan berkata dua pasukan yang dilengkapi peralatan teknikal dihantar ke kawasan berkenaan.

“Hari ini, sepasukan enam penyelamat telah dihantar dan kemudian satu pasukan lagi terdiri daripada lima penyelamat akan dihantar ke sana. Kawasan yang menjadi fokus ialah Lembah Yakhar,” katanya.

Rozaimi berkata pasukan SAR itu akan meneruskan usaha mencari dua rakyat Malaysia berkenaan.

“Kami berhubung rapat dengan pasukan penyelamat dan pasukan kedutaan,” katanya.

Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 44, dilaporkan hilang di gunung itu sejak Ahad setelah terpisah daripada anggota lain daripada kumpulan mereka.

Sementara itu, menurut Mizan News, Iran, Kementerian Hal Ehwal Luar mengesahkan bahawa satu mayat dijumpai oleh pasukan SAR ketika mencari dua pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damarvand, Iran.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata mayat akan dibawa turun dari gunung dan kemudian dikenal pasti, sebelum sebarang pengesahan lanjut boleh dibuat.

Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Iran sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk membantu dalam proses mengenal pasti dan akan memberi maklumat terkini dengan sewajarnya. – BERNAMA

Tags: Gunung DamavandLembah Yakhar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1 Lagi Pendaki Malaysia Disahkan Meninggal Dunia

28/12/2016
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (Iranian Red Cresent), mengesahkan seorang lagi pendaki Malaysia, Ramli Abd Majid, yang hilang...

Mayat Ditemukan Sah Syed Redzuan – Ketua Ekspedisi

29/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran hari ini dikenal pasti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd