• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Dan PAS Ahli Neraka! – Khairuddin

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Biarlah Nik Abduh (Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz) pergi dengan PAS ke neraka! Kami tak mahu ikut malahan nak pilih ke jalan syurga firdausi!”

Itu kata-kata kesat dilemparkan orang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Nik Mohamad Abduh dan PAS gara-gara berang `pemimpinnya’ itu ditempelak oleh Nik Mohamad Abduh hari ini.

Khairuddin mendakwa kononnya Nik Mohamad dan PAS melakukan banyak dosa kerana bersengkongkol dengan kerajaan, manakala Pakatan Harapan yang dketuai DAP konon sedang melaksanakan kerja-kerja Tuhan.

“Nik Abduh banyak melakukan dosa kerana bersubahat dengan kerajaan dalam pelbagai kemungkaran serta salah laku. Nik Abduh dan PAS bersekongkol dengan jenayah. Mahathir dan dan kami semua dalam Pakatan Harapan sedang melawan kemungkaran.

“Jadi saya nak tanya Nik Mohamad Abduh siapa yang lebih melakukan dosa? Beliau dengan PAS yang lebih berdosa dari kami semua yang menentang kemungkaran seperti yang dituntut oleh ajaran agama islam yang tulen,” dakwanya dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Justeru, Khairuddin meminta Nik Mohamad Abduh supaya muhasabah diri serta cermin muka terlebih dahulu dan tidak mengajak orang ramai supaya memilih jalan ke neraka jahanam bersamanya.

“Apa Nik Abduh ingat dia lebih bertaqwa dari Mahathir? Siapa dia Nik Abduh nak nasihat Mahathir ke tikar sembahyang? Pada realitinya, Nik Abduh yang harus ke tikar sembahyang untuk anjurkan solat taubat nasuhah setiap hari,” katanya.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hari ini menyindir Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemerintahannya satu waktu dahulu.

Sehubungan dengan itu, Nik Mohamad Abduh menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik negara.

“Saya dah kata dari dulu Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama.

“Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan,” kata Nik Mohamad Abduh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Berdosa Saya Jika Langgar PAS” – Nik Abduh

22/06/2021
0

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada...

Kemenangan PH Kejayaan Liberalis?

24/09/2018
0

KOTA BHARU - Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd