Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Rakyat Buang Undi Dijangka...

TOKYO - Rakyat Jepun membuang undi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang...

KitKat Ubat Batuk Dan...

JIKA di Malaysia, coklat berwafer rangup KitKat hanya mempunyai beberapa perisa sahaja termasuk...

PRK Pengkalan Kubor: PAS,...

SUBANG JAYA - Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengakui wujud perbincangan antara parti...

TH Buat Pengecaman Jenazah...

JEDDAH - Tabung Haji (TH) kini menumpukan kepada proses pengecaman jenazah di rumah...

Nicol Mampu Kembalikan Prestasinya – SRAM

SEREMBAN – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mampu mengembalikan sentuhan emasnya untuk kekal dalam kelas tersendiri di pentas antarabangsa.

Keyakinan itu disuarakan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How yang yakin Nicol mampu menemui semula prestasinya yang pernah menyaksikan beliau digeruni lawan, sebaik mendapat kembali rentak permainannya.

“Ramai orang beranggapan prestasi Nicol merosot sepanjang tahun ini disebabkan faktor usia tetapi sebenarnya atlet terbabit tidak mempunyai sebarang masalah fizikal. Malah, laporan daripada Institut Sukan Negara (ISN) juga menunjukkan dia masih berada pada tahap terbaik.

“Sebenarnya, skuasy sudah berubah dengan tahap permainan semakin pantas ketika ini dan Nicol sedang berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pusat latihan skuasy Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dekat sini, hari ini.


Kemerosotan prestasi dan pencapaian kurang memberangsangkan Nicol dalam kejohanan antarabangsa kebelakangan ini turut meresahkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin, sehingga beliau menggesa satu pendekatan terbaik dilakukan bagi membantu mengembalikan semula reputasi atlet berkenaan.

Nicol yang pernah menjadi pemain ranking pertama dunia selama 109 bulan, ketika ini menghuni tangga kelima dunia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori