• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Pro-BN Minta SPRM Siasat Rumah ‘Disneyland’ PKR

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosli Abdullah yang memiliki kekayaan luar biasa dan mampu memiliki rumah bernilai jutaan ringgit.

Pengerusi Pakatan NGO Pro-Barisan Nasional (NGO Pro-BN), Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan itu di Pejabat SPRM Sabah di sini hari ini berkata mereka mahu SPRM menyiasat sama ada Adam memiliki syarikat perniagaan yang membolehkan pemimpin pembangkang itu boleh membeli rumah ala taman tema Disneyland itu.

“Sekiranya benar Adam seorang ahli perniagaan, kami ingin tahu apakah perniagaan Adam telah melalui pengetahuan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau sebaliknya, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau juga mencadangkan agar SPRM menubuhkan sebuah pasukan tindakan khas bagi menyiasat dakwaan ini memandangkan kami agak khuatir Selangor, yang ditadbir PKR, adalah sebuah negeri yang mempunyai rizab kewangan yang banyak sejak ditadbir kerajaan BN lagi.

“Bagi saya, tidak logik seorang yang berumur 28 tahun mampu meraih pendapatan jutaan ringgit dan memiliki dua rumah pada masa sama,” katanya.

Zulkarnain, yang juga Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), turut membuat laporan agar SPRM menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh anggota Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Katanya, ini berikutan isu itu ditimbulkan oleh pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menerusi artikel bertajuk “Shafie harus respons, isu penggunaan wang taikun” yang disiarkan di laman blognya chegubard.blogspot.my pada 27 September lepas. – BERNAMA

Tags: Pemuda PKRSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd