• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO, Portal Berita Dibiayai Soros Pengkhianat Negara

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana yang diterima beberapa pihak termasuk portal pro-pembangkang Malaysiakini, Majlis Peguam, Bersih dan lain-lain organisasi daripada Open Society Foundation (OSF) milik George Soros merupakan lambang pengkhianatan kepada tanah air.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah mengingatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2012 pernah mendedahkan tentang pembiayaan Soros kepada pihak tertentu dalam Malaysia bagi menentukan siapa Perdana Menteri di Malaysia.

“Mahathir waktu itu mendedahkan Soros menyalurkan dana kepada badan bukan kerajaan (NGO) Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Itu jelas menunjukkan supaya beliau (Soros) dapat mengawal Malaysia, mengubah perlembagaan dan mengubah nilai masyarakat. Malaysia adalah negara yang ada kedaulatan dan perlu kita pertahankan demi generasi seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Shahar bagaimanapun melahirkan kekesalan kerana Mahathir kini ‘berjuang’ bersama-sama ‘pengkhianat-pengkhianat’ negara terbabit di pentas politik untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan alasan ‘tiada kebebasan’ dan ‘tertindas’.

Beliau turut mengingatkan Mahathir yang mungkin telupa iaitu ideologi penentangan ke atas kerajaan dengan alasan ‘tiada kebebasan’ dan ‘tertindas’ adalah ciptaan Soros untuk menguasai negara sebelum ini.

“Benar kita tahu mereka (OSF atau Soros sendiri) bukan organisasi larangan untuk menerima dana. Tetapi Majlis Peguam sebagai satu badan profesional sepatutnya lebih tahu tujuan dan agenda OSF.

“Adakah mereka fikir OSF tidak langsung mengharapkan balasan sekiranya benar-benar pembangkang berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan hasil dana sumbangan itu,” katanya.

Justeru, beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan ideologi dan pemahaman yang cuba ditanam dalam minda mereka melalui laporan Malaysiakini dan perhimpunan Bersih yang dibiayai Soros. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BersihGeorge SorosMalaysiakiniPemuda UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

Pemuda PAS Melaka Terima Kerjasama Penyatuan Ummah Hadapi PRN

13/08/2026
0

MELAKA - Dewan Pemuda PAS Melaka menerima dan meluluskan secara sebulat suara cadangan kerjasama Penyatuan Ummah di peringkat negeri bagi...

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

Tok Mat Tunjuk Skill Main Snooker, Netizen Puji ‘Nampak Pro’

13/07/2026
0

REMBAU – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan mencuri perhatian apabila sempat menunjukkan kemahiran bermain snooker ketika menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd